Jumat, 01 Oktober 2010

PROTEIN UNTUK PERGERAKAN
Otot dan Sistem pengecutan adalah berdasarkan 2 protein utama iaitu :
1)Aktin
2) Miosin
SISTEM PENGECUTAN AKTIN-MIOSIN
    Aktin F (Fibrous)
  • Polimer heliks yang panjang yang terdiri daripada subunit-subunit asimetrik
  • Terdapat tapak-tapak diatas subunit yang boleh mengikat kepada miosin
    Miosin
  • Terdiri daripada 6 rantai poliptida a) 2 rantai berat(m=230000)
    b) 2 pasang rantai ringan yang terdiri daripada 2 jenis
    Ini akhirnya membentuk kompleks dengan jisim , M=540,000
  • Ekor terdiri daripada rantai alfa heliks yang merupakan 2 bebenang yang berpintal
  • Domain kepala merupakan tempat rantai ringan terikat
  • Miosin mempamerkan aspek protein berserabut (pada ekor) dan berglobul (pada kepala)
  • Fungsi domain ekor : Mengumpul dan membentuk filamen dipolar yang tebal
  • Fungsi domain kepala : Mengandungi tapak pengikatan aktin dan tapak katalitik
ORGANISASI OTOT
  Otot      Sekumpulan serat otot = miofiber     miofilamen  
    FUNGSI KOMPONEN TROPONIN
  • Tn T ~ Mengikat komponen lain kepada tropomiosin
  • Tn I~ Merencat interaksi miosin dengan aktin
  • Tn C ~ Mengandungi tapak pengikatan untuk Ca2+ yang memulakan pengecutan
LANGKAH PENGECUTAN
  • 1.Impuls saraf depolarisasi membran sarkoplasmik retikulum dan membuka laluan Ca2+ daripada sistem
  • 2. Ca2+ dibebaskan dan meresap ke dalam filamen tebal dan nipis
  • 3. Pengikatan Ca2+ kepada troponin, mendedahkan tapak pengikatan miosin diatas aktin
  • 4. Pembentukan ikatan silang diantara aktin dan miosin dan pergerakan filamen nipis di atas filamen tebal menghasilkan pengecutan
LANGKAH SEMASA BEREHAT
  • 1. Ca2+ di pam balik ke dalam sarkoplasmik retikulum
  • 2. Ca2+ dibebaskan daripada troponin
  • 3. Interaksi di antara aktin dan miosin terhenti

Tidak ada komentar:

Posting Komentar